Pada 30.08.2009 Persatuan Belia Warisan Batu Menunggol mengadakan tadarus bersama dengan wanita Batu Menunggol Dalam dan Selatan. Majlis ini bermula pada pukul 9.00pagi hingga pukul 1.00ptg.Para perserta pada hari itu seramai 35 orang .
- HARTINI BINTI HAMZAH
- MARZIANA BINTI MAD NOH
- ROSLIANA BINTI ISHAK
- HAID MAID MAJID
- MOHAMAD NASIR BIN ABD RAZAK
- MOHAMAD ASROL BIN AHMAD SOBRI
- MOHD FIKRI BIN AYOB
- MOHAMAD MUNIR BIN RAMLI
- SITI HAIDA BINTI MAD ISA
- NOR ZAWIYAH BINTI NOOR AZIZAN
Visi
Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi pengerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
Misi
Menyediakan program pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi :-
meningkatkan pembangunan genarasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara.
pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat
Sejarah Awal Kementerian
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya
Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah di beri tanggngjawab mengenai belia. Seterusnya ada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah bahagian Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk seta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada pada tahun tersebut. Pada tahun1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah menjadi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan bahagian kebudayaan tersebut, nama Kementerian, Belia dan Sukan telah kembali pada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
Asalamualaikum ,salam sejahtera,dan salam satu Malaysia.