Posted by: PERSATUAN BELIA WARISAN BATU MENUNGGOL

Visi

Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi pengerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

Misi

Menyediakan program pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi :-

meningkatkan pembangunan genarasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara.

pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat

Sejarah Awal Kementerian

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya

Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah di beri tanggngjawab mengenai belia. Seterusnya ada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah bahagian Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk seta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada pada tahun tersebut. Pada tahun1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah menjadi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan bahagian kebudayaan tersebut, nama Kementerian, Belia dan Sukan telah kembali pada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

This entry was posted on 1:32 PG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan